F O L L O W ER S

Sunday, March 13, 2011

6 TiP BEKERJA KETiKA HAMiL

Kehamilan pastinya sesuatu yang mengujakan buat para wanita. Namun harus di ingat, bekerja ketika hamil memerlukan tenaga serta kekuatan yang besar. Baik dari segi mental mahupun fizikal Jadi bagaimana agaknya untuk sukses dalam kerjaya pada masa yang masih mampu menjaga kandungan? Tip di bawah mungkin boleh membantu.


1. Maklumkan kepada majikan
Saat anda disahkan hamil, beritahu majikan tentang kehamilan & mohon waktu kerja yang lebih fleksibel, cuti bersalin serta kebenaran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan rutin.


2. Kenalpasti kesesuaian pekerjaan
Cuba kenalpasti situasi kerja anda & sesuaikan dengan kehamilan. Jika kerja anda berisiko serta boleh mengundang bahaya kepada kandungan, cuba mohon untuk ditukarkan kepada jabatan lain @ mohon ditempatkan di kawasan yang lebih selamat.


3. Berhadapan dengan simptom awal kehamilan
Trimester pertama mungkin agak mencabar & memandangkan anda akan berhadapan dengan masalah seperti loya, pening, muntah, dan lain-lain. Cuba hilangkan masalah tersebut dengan pengambilan snek @ makanan ringan yang boleh membantu meringankan masalah tersebut.


4. Sesuaikan suasana kerja
Keselesaan di tempat kerja bukanlah sesuatu yang boleh di anggap remeh, tambahan pula buat anda yang sedang hamil. Tubuh akan mudah merasa letih serta sakit-sakit di bahagian sendi & otot. Oleh itu pastikan postur tubuh sentiasa berada pada keadaan yang selesa. Ruang kerja juga seharusnya sesuai untuk anda yang hamil agar mudah untuk anda bergerak.


5. Usah amalkan diet ketat
Mengandung bukan masa untuk kurus. Dalam tempoh kehamilan, anda seharusnya mengambil lebih nutrien agar tubuh sentiasa cergas. Pastikan anda sentiasa menyediakan snek di atas meja anda.


6. Air yang mencukupi
Air yang mencukupi sangat membantu dalam memastikan kehamilan yang sihat. Oleh itu, selain snek, pastikan anda sentiasa mempunyai sebotol air di meja.







No comments:

Post a Comment