F O L L O W ER S

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 13, 2011

SEJAK LAHIR

Pegang bayi anda sambil memandang wajahnya dan bercakap dengan nada suara yang lembut. Biarkan bayi anda mendengar suara dengan nyanyi anda. Goyangkan bayi  anda dalam satu irama yang lembut. Juga berjalan dengan bayi anda dengan kereta sorong , carrier dan kain pendukung. Bedung bayi dengan kain selimut yang lembut untuk membuatkan bayi merasa selamat dan mengelak bayi daripada melakukan pergerakan yang membuatkan dia merasa tidak selamat.


1 - 3 BuLaN
Pegang bayi  secara bertentangan dan lakukan hubungan mata dengannya. Bercakap dengan suara yang lembut juga ketika memakaikan baju, mandi, menyusu atau bermain dengannya. Pada masa yang sama beri kepadanya rattle dan permainan lembut yang mempunyai pelbagai bunyi seperti bunyi angin, detik jam, muzik yang lembut dan bunyi dari kotak muzik. Tunjukkan bayi anda gambar yang terang dengan imej berwarna hitam dan putih. Pegang bayi anda ketika memberinya susu dan selesakannya jika  dia menangis. Jangan lupe selalu memanggil nama bayi anda.


4 - 6 BuLaN
Inilah masa untuk  anda ketawa dengannya! Bercakap dengan bayi dan tiru seakan suara bayi  anda ketika menyusu, memakai baju, menukar lampin atau mandi. Pastinya ia menyoronokkan! Peruntukkan sedikit masa untuk bermain di lantai bersamanya setiap hari. Perkenalkan bayi anda kepada orang sekitar termasuk kakak @ abangnya. Galakkan dia ketawa dan bermain dengan membuat muka lucu, suara dan pergerakan yang menarik perhatiannya. Sekali-sekala bawa dia keluar bersiar2 untuk melihat persekitaran di luar sana.


7 - 9 BuLaN
Beri bayi barang mainan lembut yang mengeluarkan bunyi apabila ia di goncang @ dipukul. Dukungnya sambil bermain di hadapan cermin, panggil namanya dan lihat tindak balasnya. Bercakap dengan bayi anda dan tunggu dia melakukan tindak balas. Jangan lupe bermain permainan ba ba cak! Sambil itu, membuat pelbagai bunyi  dan nada daripada mulut. Juga tunjukkan dan namakan objek  yang biasa  dilihatnya termasuk kad imbasan dan buku ilustrasi menarik setiap hari. Bina objek yang tinggi dan tunjukkan cara memukul objek itu sehingga memuatkan objek itu runtuh.


10 - 12 BuLaN
Pegang dan peluklah bayi selalu untuk menunjukkan anda sayanginya. Baca buku cerita kepadanya setiap hari. Lihat gambar pada buku dan berceritalah mengenai gambar dalam buku itu. Meninggalkannya seketika di tempat selamat ketika dia bermain untuk mengajarnya yang anda akan datang kembali. Kenalkan bayi anda kepada orang dan benda baru di sekelilingnya.


TIP MUDAH

1.Suka memberikan senyuman kepada orang yang dikenalinya.
2.Menyukai permainan mudah seperti ba-ba-cak.
3.Mula menunjukkan minat kepada warna terang.
4.Suka mendengar muzik yang lembut.
5.Menyukai apabila dirinya didodoikan dan digerakkan sekeliling dalam dukungan.

No comments:

Post a Comment