F O L L O W ER S

Sunday, June 24, 2012

9 MONTH AGO...

Sedar xsedar dah 9 bulan 2 minggu zafran...semacam xpercaya jer...begitu cepat masa yang berlalu. kalu dulu masa kejar shee, sekarang shee plak kejar masa...iyela bukan perkara yang senangkan bila kite kena arrange n manage sume perkara...penat ker?tenat???harus sabar...insyaallah. 

kadang2 terasa macam nk nangis jer...coz rasa cam penat sangat2, kadang sampai rasa xterkejar dengan waktu...tp alhamdulillah, en. suami alwayz membantu...so ringan jugak bebanan ku...


tp zafran semakin noty...bukan ape dah makin cerdik...ade jer perkara baru yang dia blaja, haaa...sekarang dah mula bangun n lepaskan tangan seolah2 dah boleh jalan, yeahhhh.... itu la dia, hai ank mama ank mama... bila kite pegang tangan dia nk pimpin, mahu di lepas2 tangan, xmau kasi orang pegang... 

tp satu jer sampai skrg, kamu xmakan lagi moi... dah xtahu mama nk wat camne lagi kat kamu nie...kalu kek n kuih kamu makan plak, hai memilih yerkk....

Wednesday, March 28, 2012

PERLUKAN KEKUATAN UNTUK HADAPI UJIAN YANG DIBERI DARI ILAHI

Ya allah ya rahman ya rahim, hanya kepadamu aku meminta semoga kau panjangkan umur kami, kau permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Kau berikan kami kesihatan yang sempurna ya allah…semoga ayah cepat sembuh n semoga ayah baik2 sahaja, even ayah hanya ayah tiri, tapi tidak sekali pom ku anggap dia orang asing dalam keluarga kami, KAMI SAYANG AYAH !!!love u dad!!! Sungguh aku xmahu kehilangan ayah  buat kali kedua…hope semuanya baik2 sahaja, ya allah berikanlah kedua2 ibubapa kami sihat sejahtera dunia akhirat ya allah…

Tuesday, March 20, 2012

RUN AWAY.............


Pejam celik pejam celik dah 2012…rasa baru jerk shee kahwin,kalu 1st dulu berdua sekarang kami dah bertiga, alhamdulillah ade rezeki kami menimang cahaya mata. Kalu dulu berjauhan ngan hubby sekarang dah tinggal serumah ngan hubby, so xde lar rasa xfairkan…coz sama2 jaga my baby. Huhuhu…selalu gak merungut ngan hubby coz jaga bby sorang2 hubby lepas tangan,hihihi…dengkikan padahal tok ma zafran jugok tolong jgakan tok ayah pom…

Muhammad harith zafran, panjangkan nama nie…xpe panjang2 pom…maksud pom cantik sehensem empunya nama…sekarang selalu pk nama ape plok nak kasi kat ank second,hohohoho….zafran xsampai setahun dah pk ank second nie… (^_^) biarlah xkisah…shee nk letak nama yang seakan 2 nama zafran jugak, tp pendek skit…xboleh panjang nty susah nk isi borang pe2 kan, cian plak ank mama nty…

Untuk pembuka tahun 2012, zafran dapat sepupu baru…gegirl…nur auliya izzatunnisa, nice name kan, pandai adik bagi nama kat ank dia, makna pom cantik jugok…TAHNIAH ADIK N MARIAM…semoga kalian berdua menjadi gud father n mother okies… 15 februari 2012,rabu

Last year tahun lepas 2011, zafran dapat sepupu baru jugak, sama jantina cam zafran, Muhammad zhafif ahnaf, nice name angah, pandai u ollz cari nama ni n makna yg cantik…TAHNIAH ANGAH N MIE, 20 november 2011,ahad

Ewah3………TOK MA N TOK AYAH dapat 3 cucu sekaligus….tak fonim kepala diorang…coz masing2 macam2 perangai…hahaha…

Karakter zafran: bangun jerk dari tido terus senyum, tp payah nk senyum sebenarnya, bila tgk org yg dia xkenal pasti dia tgk org tuh terus2an, budak  baik coz xnangis…senang nk jaga…

Karakter zhafif: waktu dalam pantang suke nangis xkira la bangun tido ker,dok saje ker…yg pasti volume nangis pasti kuat xde pasang volume low punya…suke hisap puting,hehehe…itu la pasai dio punya kulit pejal, keja isap susu 24 jam…tp skrg kuat sembang budak nie, kalu sembang non stop….hihihi, geramnya maklong kat u nie…

Karakter auliya: gegirl ni maklong xtau plok dia camne, cume yg maklong tau, awak ni jaga malam jerk…hihihi…coz masih dalam pantang lagi…




Saturday, March 17, 2012

RAGAM MUHAMMAD HARITH ZAFRAN

Setelah sekian lame menyepi arini baru shee dapat berkarya pada laman nie…windunyer saat2 shee preggy…bila ingt kembali pengalaman masa pregnant n bersalin mau jer diulang2 lagi…ia adalah kenangan yang terindah buat shee…

Now, lagi excited bila melihat zafran membesar di depan mata…macam xpercaya shee dah kawen, ade suami n anak…zafran dah 6 bulan. Cepat jerk kan masa berlalu, terlalu pantas kan

Bulan pertama, zafran buka mata n melihat dunia, melihat wajah mama n aboh...

Bulan kedua, zafran dah pandai jaga malam, letih btul....tido xcukup...tapi ank mama baik, xnangis. Senang mama jagakan kan kan...

Bulan ke-3, zafran dah mula meniarap...baru blaja2 xdptnyer nk wat meniarap btul2...

Bulan ke-4, zafran nk meniarap...pantang letak tido, mula la meniarap...risau mama tau...

Bulan ke-5, zafran dah cube nk ensot2 badan tapi xde la laju mane...

Bulan ke-6, huwaaaa....................mama xleh tinggalkan zafran sorang...kamu laju jer ensot ke mane2 cam berlari jer mama rasa kamu nie...letak kat lain, tgk2 kamu dok tmpat lain, time tido plok...mama letak kepala kamu atah bantal tgk2 kau xtido atah bantal...sedar2 tido kamu tdo kat kepala mama, kat hjg kaki...kamu nie............hish2 makin menjadi2 plok yea, ape2 pom mama sayang kamu...walau macam2 hal kamu nie, u ar the best my son,hikhik.....

‎20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

Sunday, February 5, 2012

uNtukMU SuAmi


Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin...

Gud news!!!
Alhamdulillah dah dapat tukar ke machang, so dah xperlu pkir pe2 lagi coz sume dah setel…tp hati nie rasa sedih plak coz terpaksa berpisah ngan my family…now kena hidup berdikari v my hubby n my son… so !@#$%%^^&**(())_+-=?????

memangler seronok dapat tukar coz dekat ngan hubby tp satu jer yg xseronok bila aku kena sesuaikan keadaan di sane...kenape la rasa susah sangat nk sesuaikan diri di sane, sedihnyerrrrrr............. BETULLAR shee rasa something wrong jerk...Hubby sukela coz memang dah lame kat sane kan, macam aku nie..........hadoilaaaaa............dah biasa di kota bharu, owh sungguh xadil bagi aku... kenapela ati aku, perasaan aku macam nie ya allah........



Wednesday, January 18, 2012

SAMA KER???

KEK COKLAT



Kali ni mama shee nak promosi kek coklat lar plak kat u allz. Ni favourite mama tau, meme sodak di makan…tambahan plak coklat rice plak yang bertaburan atas kek nie kan… ni resepi sendiri tau, yummy…yummy……..makan skali, nk lagi tau… (^_^)
 BERAT KEK : 1 1/2 KG
 HARGA : RM60.00
sesiapa yang berminat leh lar contact shee yea...

Sunday, January 8, 2012

Muhasabah Diri - Kenapa Hati Menjadi Keras

kadang hepi, kadang sedih...

7 januari 2012, genap zafran 4 bulan…cepatnyer masa berlalukan,rasa cam baru jer lepas bersalin. Anyway very2 happy, coz muhd harith zafran pelengkap keluarga shee… dri seorang yg memang hundred percent xtahu nk jadik ibu, sekarang byk yg shee blaja. Even sibuk ngan keje, Alhamdulillah kebajikan suami and anak tidak dilupakan, bukan senang nk arrange jadual kan…tambah plak suami shee tinggal kat Redland N shee di kota bharu…so sume shee yg kena wat soorang, ane aci nie hubby lepas tangan, so no no no…hihihi

actually, ati ni xsedap coz sepanjang menjaga zafran macam2 hal jadi, adoila...i'm not gud mother sedihnyer :( .... zafran dah 2 kali deman, sekarang ni dah 2 kali dia muntah... kalu muntah sampai sehari... xtahula kenape mybe sebab shee bg dia minum susu soya "isomil" agaknya, so kena lebih berhati2 dalam memilih susu. tp shee bg dia susu soya tuh coz dia alergik... abih satu badan dia merah2 macam nek campak...shee risau siang malam pk kan zafran..ropenyer camnila perasaan ibu kite kan bila ank xsihat...xcukup tido, xcukup rehat...