F O L L O W ER S

Sunday, February 5, 2012

uNtukMU SuAmi


Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin...

Gud news!!!
Alhamdulillah dah dapat tukar ke machang, so dah xperlu pkir pe2 lagi coz sume dah setel…tp hati nie rasa sedih plak coz terpaksa berpisah ngan my family…now kena hidup berdikari v my hubby n my son… so !@#$%%^^&**(())_+-=?????

memangler seronok dapat tukar coz dekat ngan hubby tp satu jer yg xseronok bila aku kena sesuaikan keadaan di sane...kenape la rasa susah sangat nk sesuaikan diri di sane, sedihnyerrrrrr............. BETULLAR shee rasa something wrong jerk...Hubby sukela coz memang dah lame kat sane kan, macam aku nie..........hadoilaaaaa............dah biasa di kota bharu, owh sungguh xadil bagi aku... kenapela ati aku, perasaan aku macam nie ya allah........