F O L L O W ER S

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 19, 2015

ohhh! hebat ujianmu ya allah...

tanggal 23 /12/2014, selasa

shee sekeluarga pulang ke Kedah untuk menziarahi keluarga mertua di sana. sampai di sana lebih kurang jam 6.00 ptg. family suami sudah menunggu kami di pacific mall...kami singgah makan di sana. 
kemudian pulang ke rumah mertua...penat, shee dan ank2 tidur sampai esk pg...

tanggal 24/12/2014, rabu
 

paginya en. hubby memberitahu jalan jeli-grik runtuh, terkejut shee mendengar perkhabaran itu padahal ptg tu kami melalui jalan itu, sib baik xjadi apa2 pada kami sekeluarga, alhamdulillah allah melindungi kami sekeluarga....

lebih kurang jam 12 tengahari, jiran sebelah rumah di kelantan menghantar gambar di depan rumah kami, air mulai naik limpah tasik depan. alangkah terkejutnya kami...hujan masa itu xhenti2 dan semakin lebat di sane...ptgnya kami di beritahu air sudah paras pinggang...masyaallah...apa yang mampu aku perbuat, di kala ini hanya mendengar perkhabaran dari jauh...entah macam mane keadaan di sane...hati ni semakin risau...kami tersekat di sini...hendak pulang pom kami xboleh kerana sudah terputus hubungan jalan...kami nk blik ikut kuantan pom xboleh sane pom banjir...terengganu pom...hanya mampu berdoa semoga allah memudahkan segala percaturannya...aku di khabarkan lagi dengan cerita2 sedih...kerna di gua musang aras air makin tinggi, kuala krai pom...termasuklah di tanah merah iaitu di rumah kami sendiri...

ya allah, aku dan suami redha andai sudah ketentuan mu untuk kami...waktu itu macam2 aku ingt apa yg ade di dalam rumah, dokumen2 penting seperti buku bank aku, suami n anak2...sijil2 aku dan suami, surat beranak ank2...geran kereta aku n suami...dan macam2la barangan yang penting...hanya mampu merintih tidak mampu berbuat apa2, hanya mampu mendengar, dan hanya mampu menonton perkembangan banjir di televisyen...

aku call mak aku tanya khabar dia dan adik aku sekeluarga macamne...diorg pom xboleh keluar dari rumah...depan belakang kiri kanan air, mereka pom terkepung, nasib baik air tak jejak tangga umh mak aku jerk...rumah arwah nenek, ayah teh n ayah ngah sudah di penuhi air...

tanggal 25/12/2014, khamis

sekeping gambar kami terima lagi, kali ini hanya allah yang tahu betapa macam perasaan aku kala itu...tidak terkata2 apa2 lagi ya allah...melainkan alhamdulillah...rumah hanya kelihatan bumbung...aku dan suami hanya mampu bersyukur di sini kerana kami selamat di sini, seandainya kami di sane entah macamne la keadaan kami kerana berita yg kami terima di sana sungguh sedih, rakyat kelantan bergelap tanpa elektrik, sumber air dan makanan terputus...ya allah...terima kasih kerana kami selamat...aku berdoa agar allah permudahkan urusan2 rakyat kelantan yg di timpa banjir di permudahkan....