F O L L O W ER S

Tuesday, December 20, 2011

OH! TASKA....

Hey my lovely!!!
‘Pa&ma’ nie ler majalah yg always shee beli setiap bulan, kali ni suke sangat2 coz adalah byk info tuk shee. Actually shee ngah cari Taska tuk Zafran. Iyelar lepas nie insyaallah shee akan bertukar tmpat keje di machang, ialah dekat ngan hubby…hidup berdikariler lepas nie. Shee risau nk tinggalkan zafran di taska, macam2 shee pikir. Inilah jadi bila kite xyakin n percaya pada orang tp ape2 pom shee kena jugak yakin n percaya kalu x, xpegi keje ler jagakan zafran. Mane bleh camtu, nty makan pasir lar…hihihi…macam hubby xkeje plakkan…xbleh xbleh xbleh… pa&ma help me!!!dah baca pa&ma rasa lega skit coz ade panduan tuk memilih Taska…
1.            Spesifikasi taska menepati piawaian oleh pihak berkuasa.
Kena pastikan taska ada lesen dan pengasuh/pendidik di situ pernah mengikuti kursus anjuran jabatan kebajikan masyarakat. Jabatan bomba dan penyelamat utk memastikan keselamatan dan bekalan alat pencegah kebakaran . jabatan kesihatan utk memantau rekod perkembangan kesihatan kanak2 dan pihak berkuasa tempatan sebagai pemantau kesesuaian dan keselamatan bangunan.
2.            Jenis bangunan tska yang sesuai.
Kegunaan ruang yang kondusif, fasiliti dan kelengkapan harian yang sempurna, kemudahan rekreasi utk kanak2 bermain.
3.            Lokasi taska.
Keutamaan akan diberikan kepada lokasi yang berhampiran dengan kawasan lapang/padang permainan, persekitaran yang sesuai dengan kana2 (tidak bising, selamat, bersih, aman dan sihat)
4.            Persekitaran yang sihat.
Suasana ceria, ada peredaran udara segar dan cahaya semulajadi untuk kanak2 tinggal dengan selesa.
5.            Pendidik/pengasuh.
Pastikan pakaian yang sopan dan akhlak mulia, sahsiah yang murni. Mengamalkan etika sebagai pendidik yang sebenar.
6.            Kebersihan/penyediaan makanan.
Makanan yang disediakan oleh taska mestilah yang berkhasiat dan terjamin kebersihannya. Pemilihan menu makanan yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak2.
7.            Bilangan kanak2.
Nisbah kanak2 perlu bersesuaian dengan bilangan pengasuh/pendidik dan keluasan kawasan taska.
8.           Kemudahan kecemasan.
Pengasuh/pendidik perlu mengetahui dan menguasai kemahiran bantuan awal kecemasan seperti ‘Infant and Child CPR dan Community First Aid and safety’.
9.            Keselamatan.
Perlu perhatikan keselamatan di tempat tersebut. Contohnya jenis dan susunan perabot, keadaan lantai, struktur akomodasi dan lain2 yang bersesuaian dengan kanak2.
10.         Penyimpanan rekod dan dokumen.
Memastikan mempunyai catatan dan rekod berkaitan kanak2 seperti butir peribadi kanak2, butir peribadi ibubap dan keluarga, nombor telefon yang perlu dihubungi sewaktu kecemasan dan sebagainya.
11.          Kandungan program didikan dan asuhan.
Aktivit taska terancang dan tersusun serta merangkumi aspek didikan dan asuhan yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment