Assalamualaikum,sume...
salam pagi rabu, 23hb januari 2013... agak lame shee menyepikan diri al-maklumler sibuk dengan hal keluarga...untuk story thn baru nie shee nk kongsi kegembiraan ngan u'oll... tahun nie kami beraya berempat, insyaallah... now, kandungan shee dah menginjak 34 week, 8++ month.... (^_^)
Tiba-tiba rasa takut, gementar sume ade...teringat masa mengandungkan zafran...huhuhu...tp kali nie berbeza plok alahan n bentuk badan... kalu masa zafran kembang setaman, kali ni xmengembang plok...slim molim walaupom pregnant... pregnant sambil berdiet kot...
alhamdulillah, pregnant kali nie shee xdok diam... mane nk wat keje umh, anak n suami lagi...puhhh, memang penat...sume benda nk buat, xdok diam...sampaikan baby lam tummy shee pom sama aktif jugak macam mama dia... syukur alhamdulillah, tangan xsembab, kaki xsembab...bleh pakai slipar cantik2 lagi...hihi... nk melaram sakan pom bukan main bleh jerkkkk... masa pregnant ank 1st, memang shee xsuke make up, p keje pom xpakai pe2 kat muka... muka pucat jer...xmahu pom melawa... tp ank second nie aura dia lain...nk cantik2...nk pakai bedak,xmakeup xpe...asal kan bebedak... nk pakai barang kemas, nk cantik sini...nk cantik sane... hikhik... :) sampai kan hubby geleng kepala tangan isteri...
ape2 pom very hepi coz masih bleh meneruskan rutin harian tanpa masalah... hah... ank second nie shee xtahu la jantina girl ke boy... coz confius ngan doktor...skali cakap camni, skali cakap camtu... so wait n see lar yea... tunggu due 1 mac nie...
doakan semua berjalan dengan slamat, insyaallah... AMIN...
Tuesday, January 22, 2013
Sunday, June 24, 2012
9 MONTH AGO...
Sedar xsedar dah 9 bulan 2 minggu zafran...semacam xpercaya jer...begitu cepat masa yang berlalu. kalu dulu masa kejar shee, sekarang shee plak kejar masa...iyela bukan perkara yang senangkan bila kite kena arrange n manage sume perkara...penat ker?tenat???harus sabar...insyaallah.
kadang2 terasa macam nk nangis jer...coz rasa cam penat sangat2, kadang sampai rasa xterkejar dengan waktu...tp alhamdulillah, en. suami alwayz membantu...so ringan jugak bebanan ku...
tp zafran semakin noty...bukan ape dah makin cerdik...ade jer perkara baru yang dia blaja, haaa...sekarang dah mula bangun n lepaskan tangan seolah2 dah boleh jalan, yeahhhh.... itu la dia, hai ank mama ank mama... bila kite pegang tangan dia nk pimpin, mahu di lepas2 tangan, xmau kasi orang pegang...
tp satu jer sampai skrg, kamu xmakan lagi moi... dah xtahu mama nk wat camne lagi kat kamu nie...kalu kek n kuih kamu makan plak, hai memilih yerkk....

Wednesday, March 28, 2012
PERLUKAN KEKUATAN UNTUK HADAPI UJIAN YANG DIBERI DARI ILAHI
Ya allah ya rahman ya rahim, hanya kepadamu aku meminta semoga kau panjangkan umur kami, kau permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Kau berikan kami kesihatan yang sempurna ya allah…semoga ayah cepat sembuh n semoga ayah baik2 sahaja, even ayah hanya ayah tiri, tapi tidak sekali pom ku anggap dia orang asing dalam keluarga kami, KAMI SAYANG AYAH !!!love u dad!!! Sungguh aku xmahu kehilangan ayah buat kali kedua…hope semuanya baik2 sahaja, ya allah berikanlah kedua2 ibubapa kami sihat sejahtera dunia akhirat ya allah…
Tuesday, March 20, 2012
RUN AWAY.............
Pejam celik pejam celik dah 2012…rasa baru jerk shee kahwin,kalu 1st dulu berdua sekarang kami dah bertiga, alhamdulillah ade rezeki kami menimang cahaya mata. Kalu dulu berjauhan ngan hubby sekarang dah tinggal serumah ngan hubby, so xde lar rasa xfairkan…coz sama2 jaga my baby. Huhuhu…selalu gak merungut ngan hubby coz jaga bby sorang2 hubby lepas tangan,hihihi…dengkikan padahal tok ma zafran jugok tolong jgakan tok ayah pom…
Muhammad harith zafran, panjangkan nama nie…xpe panjang2 pom…maksud pom cantik sehensem empunya nama…sekarang selalu pk nama ape plok nak kasi kat ank second,hohohoho….zafran xsampai setahun dah pk ank second nie… (^_^) biarlah xkisah…shee nk letak nama yang seakan 2 nama zafran jugak, tp pendek skit…xboleh panjang nty susah nk isi borang pe2 kan , cian plak ank mama nty…
Untuk pembuka tahun 2012, zafran dapat sepupu baru…gegirl…nur auliya izzatunnisa, nice name kan, pandai adik bagi nama kat ank dia, makna pom cantik jugok…TAHNIAH ADIK N MARIAM…semoga kalian berdua menjadi gud father n mother okies… 15 februari 2012,rabu
Last year tahun lepas 2011, zafran dapat sepupu baru jugak, sama jantina cam zafran, Muhammad zhafif ahnaf, nice name angah, pandai u ollz cari nama ni n makna yg cantik…TAHNIAH ANGAH N MIE, 20 november 2011,ahad
Ewah3………TOK MA N TOK AYAH dapat 3 cucu sekaligus….tak fonim kepala diorang…coz masing2 macam2 perangai…hahaha…
Karakter zafran: bangun jerk dari tido terus senyum, tp payah nk senyum sebenarnya, bila tgk org yg dia xkenal pasti dia tgk org tuh terus2an, budak baik coz xnangis…senang nk jaga…
Karakter zhafif: waktu dalam pantang suke nangis xkira la bangun tido ker,dok saje ker…yg pasti volume nangis pasti kuat xde pasang volume low punya…suke hisap puting,hehehe…itu la pasai dio punya kulit pejal, keja isap susu 24 jam…tp skrg kuat sembang budak nie, kalu sembang non stop….hihihi, geramnya maklong kat u nie…
Karakter auliya: gegirl ni maklong xtau plok dia camne, cume yg maklong tau, awak ni jaga malam jerk…hihihi…coz masih dalam pantang lagi…
Saturday, March 17, 2012
RAGAM MUHAMMAD HARITH ZAFRAN
Setelah sekian lame menyepi arini baru shee dapat berkarya pada laman nie…windunyer saat2 shee preggy…bila ingt kembali pengalaman masa pregnant n bersalin mau jer diulang2 lagi…ia adalah kenangan yang terindah buat shee…
Now, lagi excited bila melihat zafran membesar di depan mata…macam xpercaya shee dah kawen, ade suami n anak…zafran dah 6 bulan. Cepat jerk kan masa berlalu, terlalu pantas kan …
Bulan pertama, zafran buka mata n melihat dunia, melihat wajah mama n aboh...
Bulan kedua, zafran dah pandai jaga malam, letih btul....tido xcukup...tapi ank mama baik, xnangis. Senang mama jagakan kan kan...
Bulan ke-3, zafran dah mula meniarap...baru blaja2 xdptnyer nk wat meniarap btul2...
Bulan ke-4, zafran nk meniarap...pantang letak tido, mula la meniarap...risau mama tau...
Bulan ke-5, zafran dah cube nk ensot2 badan tapi xde la laju mane...
Bulan ke-6, huwaaaa....................mama xleh tinggalkan zafran sorang...kamu laju jer ensot ke mane2 cam berlari jer mama rasa kamu nie...letak kat lain, tgk2 kamu dok tmpat lain, time tido plok...mama letak kepala kamu atah bantal tgk2 kau xtido atah bantal...sedar2 tido kamu tdo kat kepala mama, kat hjg kaki...kamu nie............hish2 makin menjadi2 plok yea, ape2 pom mama sayang kamu...walau macam2 hal kamu nie, u ar the best my son,hikhik.....
20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

Sunday, February 5, 2012
uNtukMU SuAmi
Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)